Sejak beberapa tahun yang lepas, penggunaan stories ini telah menjadi salah satu content media sosial yang terbesar di Malaysia dan juga peringkat antarabangsa.
Adakah personal branding boleh dilaksanakan dengan pelaksanaan content stories dan video? Artikel ini akan menceritakan bagaimana personal branding boleh dilakukan dengan penggunaan content berbentuk stories dan video. Daripada part 1 lagi, Fara Naqui telah kongsikan bahawa bagi memastikan pelaksanaan branding anda berjaya, anda harus lakukan pemilihan yang tepat daripada segi nama, platform yang digunakan, target audience yang diingini dan juga positioning iaitu bagaimana anda ingin dikenali.
Pelaksanaan content berbentuk stories
Pelaksanaan content berbentuk stories merupakan salah satu daripada jenis pelaksanaan content yang sesuai digunakan untuk personal branding. Ramai pemilik sesuatu perniagaan atau personal branding individu terlepas pandang tentang penggunaan stories dalam sesebuah content.
Sejak beberapa tahun yang lepas, penggunaan stories ini telah menjadi salah satu content media sosial yang terbesar di Malaysia dan juga peringkat antarabangsa. Penggunaan content stories semakin giat dijalankan semenjak banyak platform media sosial telah memperkenalkan feature stories di platform masing – masing.
Keberkesanan content stories untuk personal branding
Masih ramai yang tertanya – tanya adakah content stories ini berkesan untuk personal branding? Jika content stories ini tidak memberi kesan atau impak, sudah pasti platform media sosial tersebut tidak memperkenalkan feature ini di platform media sosial mereka. Ini kerana feature stories ini akan mudah muncul pada paparan utama pengikut anda di media sosial.
Jika anda membuat posting di timeline feed anda, kebarangkalian untuk mencapai reach yang tinggi adalah agak rendah dan bergantung kepada tahap keaktifan anda di media sosial. Namun, berbeza pula dengan stories, pengguna boleh melihat banyak stories dalam masa beberapa saat sahaja yang muncul di paparan teratas timeline feed media sosial mereka.
Pelaksanaan content berbentuk video
Pelaksanaan personal branding individu atau jenama bisnes adalah dengan menggunakan content. Content berbentuk video terbahagi kepada 2 jenis iaitu video berbentuk live dan juga video biasa sama ada panjang atau pendek yang telah anda edit.
Video yang telah disunting ini merupakan antara content yang banyak dikongsi menerusi media sosial. Platform yang banyak memaparkan video yang telah disunting ini adalah YouTube, Facebook, Google Internet Search, Instagram dan juga Twitter.
Content berbentuk video juga sering digunakan oleh influencer atau YouTuber terkemuka untuk personal branding mereka seperti Khairul Aming yang menggunakan content video memasak dan juga Syahmi Sazli yang turut menggunakan video untuk membuat content. Mereka adalah contoh yang menunjukkan betapa berkesannya penggunaan content video ini untuk pelaksanaan personal branding.
Namun begitu, tidak semua orang mampu untuk melakukan content berbentuk video ini. Ini disebabkan content video ini memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menyunting video, peralatan yang lengkap dan software yang tertentu untuk membantu proses penyuntingan. Ini adalah salah satu cabaran yang perlu dilalui bagi mereka yang ingin menghasilkan content berbentuk video.
Apakah pelaksanaan content video berbentuk LIVE?
Video berbentuk live juga merupakan salah satu pelaksanaan personal branding yang sering menjadi pilihan bagi menyampaikan personal branding anda. Mengikut statistik daripada Facebook, platform media sosial itu mendapati penggunanya menghabiskan masa 3 kali lebih banyak dengan menonton live video daripada video biasa.
Ini kerana mereka mendapati live video sangat menarik berbanding dengan video yang telah disunting dan platform live streaming juga dilihat semakin mendapat perhatian.
Penggunaan keyword SEO dalam content video
Pada zaman sekarang, cara anda untuk menampilkan personal branding dan memperolehi kedudukan pertama pada carian Google seperti Fara Naqui lakukan kepada client iaitu TD1303 dan Simplirub adalah dengan menerapkan elemen SEO pada setiap video yang dihasilkan.
Walaupun terdapat banyak persaingan pada masa kini, Fara Naqui mampu turut serta bersaing dengan menggunakan kaedah SEO dimana apabila anda menaip keyword tertentu, video mereka akan keluar pada salah satu halaman Google.
Bagaimanakah pelaksanaan content video pendek?
Trend terkini bagi content berbentuk video yang sering digunakan oleh pengguna media sosial adalah short form video atau dikenali dengan video pendek. Pada zaman dahulu, video berdurasi 1 minit atau 60 saat sudah dianggap cukup pendek.
Namun, dengan kebangkitan platform seperti TikTok dan feature Instagram Reels, durasi video telah menjadi semakin pendek dan dapat menarik ramai penonton untuk menonton video tersebut. Namun begitu, video tersebut mestilah berjaya menyampaikan mesej yang ingin disampaikan mengikut had masa yang telah ditetapkan.
User generated video content juga merupakan salah satu jenis content berbentuk video yang banyak digunakan di media sosial. Video tersebut ialah video yang dihasilkan oleh pengguna produk atau perkhidmatan anda seperti video daripada pelanggan yang membuat reviews tentang produk anda.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa video merupakan satu content yang boleh anda hasilkan bagi perniagaan atau personal branding jika anda ingin menonjolkan diri anda.
Semoga dengan perkongsian ini, anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana personal branding boleh dilakukan dengan pelaksanaan penggunaan content berbentuk stories dan video. Jadi apa yang anda tunggu lagi? Lakukan content berbentuk stories dan video bagi perniagaan dan personal branding anda.
Artikel ini ditulis berdasarkan perkongsian secara langsung (LIVE) di laman media sosial Fara Naqui.
Fara Naqui adalah seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan dan berpengetahuan dalam personal branding melalui perkongsian secara langsung di media sosial. Beliau aktif menyampaikan konten untuk personal branding di Website Fara Naqui, LinkedIn dan YouTube.