Trends

Pelaksanaan Content Live Stream Dan Storytelling Dalam Personal Branding

0
Please log in or register to do it.

Live streaming dapat menonjolkan 3 ciri personal branding yang berjaya dalam diri anda iaitu authentic, vulnerability dan genuineness.

Masih ramai yang tidak tahu bahawa personal branding di Malaysia boleh dibuat dengan menggunakan content live stream dan storytelling.

Artikel ini akan berkongsi cara atau jenis pelaksanaan content yang dijalankan oleh individu atau kumpulan perniagaan di Malaysia bagi tujuan personal branding. Antara pelaksanaan content yang digunakan pada masa kini adalah live streaming dan juga storytelling atau juga dikenali sebagai penceritaan.

Maksud Pelaksanaan Content Live Streaming

Apakah yang dimaksudkan dengan live streaming? Live streaming adalah merupakan salah satu kaedah yang sangat terkenal yang sering digunakan oleh personal brand, YouTuber atau professional gamers. Banyak platform yang terdapat di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa seperti Twitch dan Youtube Live yang memudahkan pelaksanaan personal branding bagi jenama individu atau perniagaan. 

Kebaikan Live Streaming untuk Pelaksanaan Personal Branding

Kenapa live streaming menjadi satu pilihan untuk pelaksanaan personal branding? Ini kerana live streaming dapat menonjolkan 3 ciri personal branding yang berjaya dalam diri anda iaitu authentic, vulnerability dan genuineness

Apabila anda membuat live streaming, anda secara tidak langsung akan memaparkan sisi sebenar anda menerusi percakapan secara spontan dan tidak disunting. Ini akan mendekatkan lagi audience anda kepada content yang ingin disampaikan.

Jika diamati, banyak platform  terkemuka seperti Shopee telah melancarkan Shopee LIVE bagi pengguna platform itu untuk menjual barang. Pada peringkat antarabangsa pula, Microsoft telah mencipta satu platform streaming iaitu Mixer dan telah membayar YouTuber terkenal yang sering melakukan streaming di Twitch dengan bayaran mahal untuk beralih melakukan streaming di Mixer. 

Syarikat besar seperti Microsoft sanggup menghabiskan duit bagi mencipta satu platform live streaming. Ini merupakan satu indicator atau penanda aras yang membuktikan bahawa live streaming akan menjadi trend content pada masa kini dan akan datang. Berikut merupakan contoh platform live streaming yang dilaksanakan di Malaysia dan juga di peringkat anatarabangsa.

Contoh Platform Pelaksanaan Content Live Streaming

  1. YouTube LIVE.

YouTube LIVE merupakan platform yang sering digunakan bagi mereka yang baru memulakan personal branding. YouTube LIVE senang untuk digunakan kerana ianya dapat diakses di seluruh dunia termasuk di Malaysia dan ianya juga merupakan satu platform live stream yang bersifat universal.

  1. Facebook LIVE

Ramai usahawan bagi sesuatu perniagaan atau jenama individu yang berkongsi ilmu setiap malam seperti perkongsian tentang game, saham atau ilmu keagamaan dengan menggunakan platform Facebook LIVE untuk menonjolkan personal branding mereka. Terdapat juga sebahagian individu  yang menggunakan Facebook LIVE sebagai medium bagi menjual produk mereka.

  1. LinkedIn Live

Sekiranya anda ingin membuat live streaming di LinkedIn, anda tidak boleh membuatnya secara spontan seperti di Facebook atau YouTube. Ini kerana anda perlu memohon kebenaran daripada pihak LinkedIn terlebih dahulu untuk membuat live streaming dan sekiranya permohonan tersebut lulus, barulah anda boleh membuat live di LinkedIn.

  1. Twitter Live

Pendekatan menggunakan platform Twitter Live telah digunakan oleh Fara Naqui dimana beliau menggunakan Streamyard dan pada masa yang sama juga telah menggunakan Periscope di mana ia bergabung bersama Twitter. Oleh itu bagi sesiapa yang mengikuti Fara Naqui di Twitter akan dapat melihat live streaming yang dibuat oleh Fara Naqui menerusi kaedah tersebut.

  1. Twitch

Jika anda merupakan generasi muda atau lebih tepatnya, seorang gamer, anda pasti mengetahui tentang platform Twitch. Twitch merupakan satu platform di mana generasi muda menghabiskan masa dengan menonton gamers yang membuat live streaming dengan bermain game.  Terdapat juga pengguna Twitch yang berkongsi tentang kehidupan seharian mereka melalui platform tersebut. 

  1. TikTok Live.

TikTok merupakan satu platform media sosial yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan pelbagai lapisan umur dan masyatkat. Platform TikTok Live ini juga merupakan platform live streaming yang sangat digemari oleh generasi muda pada masa kini.

  1. Space

Space adalah merupakan satu platform untuk membuat live yang dihasilkan melalui content berbentuk audio. Platform tersebut membolehkan pengguna Space untuk berkumpul dalam satu kumpulan atau satu tajuk yang akan dibincangkan dimana pengguna dapat mendengar orang bercakap secara live tapi hanya dalam bentuk audio sahaja.

Ini merupakan salah satu cara pelaksanaan personal branding atau penjenamaan bisnes anda. Untuk memilih pelaksanaan content anda, anda boleh memilih untuk mengadakan live streaming kerana ia menepati semua ciri personal branding yang berjaya. 

Fara Naqui bermula membuat live streaming pada November 2020. Di situ bermulanya bulan pertama beliau berkongsi ilmu melalui live streaming dengan menggunakan 2 platform iaitu Facebook dan YouTube channel. Jika anda perhatikan, tempat pertama bagi trend pelaksanaan content untuk personal branding dan penjenamaan bisnes adalah dengan menggunakan kaedah live streaming.

Maksud Pelaksanaan Content Storytelling

Salah satu cara pelaksanaan branding atau personal branding adalah dalam bentuk penceritaan atau juga dikenali sebagai storytelling. Kenapa storytelling? Storytelling sebenarnya dapat menarik pengguna untuk engage dengan content anda. Storytelling adalah merupakan penceritaan dalam bentuk teks, tulisan, video dan juga boleh digabungkan bersama gambar.

Kebiasaanya kaedah storytelling ini adalah berbentuk perkongsian, pengalaman dan dapat menyentuh emosi pembaca. Content storytelling ini sangat bagus kerana ia dapat mendekatkan anda dengan audience anda. Dengan kaedah ini, audience anda akan merasa lebih dekat dengan jenama anda.

Salah satu contoh case study yang mengaplikasikan content berbentuk storytelling ini adalah case study mengenai Ebit Lew. Ebit Lew merupakan seorang figura yang suka menolong orang. Jika diperhatikan, setiap posting di media sosial beliau menggunakan kaedah penceritaan di mana beliau sering berkongsi kesedihan serta cabaran yang dihadapi beliau bersama kumpulannya dalam perjalanan semasa menghulurkan bantuan dalam satu naratif berbentuk penceritaan. 

Disebabkan psikologi manusia yang mudah berinteraksi dengan cerita, kaedah storytelling sangat sesuai digunakan oleh NGO, jenama personal brand atau jenama bisnes bagi pelaksanaan content mereka. Dalam hal ini, Ebit Lew berjaya berada dekat di hati pembaca melalui penceritaannya yang menyentuh hati dan membuatkan pembaca menyokong apa jua usaha yang dilakukan oleh Ebit Lew.

Melalui kaedah storytelling, Ebit Lew telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang suka menolong orang dan ini yang dinamakan sebagai positioning. Positioning menjelaskan bagaimana seseorang individu, jenama atau produk ingin dikenali di platform yang mereka gunakan.  

Kenapa content storytelling ini sangat penting dan berkesan? Ini kerana, pengguna pada masa kini terutamanya generasi muda, lebih gemar jika seseorang individu atau syarikat berkongsi value, misi dan personaliti yang sama dengan mereka. Contohnya seperti Ebit Lew yang suka membantu orang dan sentiasa menunjukkan sifat humble. Orang ramai akan merasa dekat dan akan menyokong Ebit Lew kerana beliau mempunyai value yang sama dengan diri mereka.

Sebagai contoh, apabila Ebit Lew membuka Elews Mart iaitu pasaraya untuk barang keperluan, beliau tidak perlu menggunakan kaedah marketing untuk memasarkan bisnes beliau kerana terdapat penyokong beliau yang mempunyai value yang sama dan semestinya akan menyokong perniagaan yang diusahakan oleh Ebit Lew itu. Justeru, ini membuktikan betapa powerful pelaksanaan content berbentuk storytelling di platform media sosial.

Jika satu produk, jenama atau individu dapat menampilkan konten dalam bentuk storytelling atau penceritaan yang membuatkan mereka dekat dengan pengguna serta berkongsi value yang sama; produk, jenama atau individu tersebut akan menjadi pilihan pengguna. 

Apabila kita menggunakan pendekatan storytelling, pembaca akan lebih terkesan dan apabila kita bercerita daripada hati, ianya akan sampai ke hati. Namun tidak dilupakan bahawa untuk membuat pelaksanaan content dalam storytelling, ianya memerlukan kemahiran untuk menulis yang mampu mempengaruhi emosi dan pemikiran audience. 

Artikel ini ditulis berdasarkan perkongsian secara langsung (LIVE) di laman media sosial Fara Naqui. Fara Naqui adalah seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan dan berpengetahuan dalam personal branding melalui perkongsian secara langsung di media sosial. Beliau aktif menyampaikan content untuk personal branding di Website Fara Naqui,  LinkedIn, dan YouTube.

Why Virtual Events Can be Better Than Physical Events
PR Newswire

Reactions

0
0
0
0
0
0
Already reacted for this post.

Reactions

Waiting for someone to like ?