Trends

Kemahiran Menjual Idea & Apa Sahaja

0
Please log in or register to do it.

Berita baiknya ialah, sesiapa sahaja boleh dan mampu menjadi seorang jurujual yang baik

A good salesperson can even sell ice to the Eskimos – pesan guru pemasaran. Betul kah? Og Mandino, guru pemasaran dalam bukunya The Greatest Salesman in The World ditulis pada tahun 1968 dan telah terjual lebih 13 juta naskah berkongsi salah satu petua untuk menjadi seorang jurujual yang hebat. 

Pesannya “I will greet this day with love in my heart”. Apa sahaja yang saya jual mestilah dengan kasih sayang. Bahkan jikalau pun ditolak, terimalah juga dengan kasih sayang. Hebat bukan? Mungkin sahaja si jurujual berjaya menjual air batu kepada orang di kutub Utara dek sebab ianya dijual dengan kasih sayang. 

Kemahiran untuk membeli lazimnya secara semulajadi. Mungkin secara automatik sesiapa sahaja akan pandai membeli. Hulur sahaja duitnya maka bertukar tanganlah sebis atau produk. Kemahiran menjual pula perlukan ilmu dan latihan. Latihan demi latihan. Teori yang menyokong praktikal. 

Ingat AIDA, “awareness, ,interest, desire dan action”. Ini teorinya. Ingat tentang Funnel Pipeline. Ini teorinya. Pengurusan Akaun Pelanggan atau account management, ini teorinya. Banyak buku boleh anda rujuk. 

Apabila di lapangan, menggarap teori-teori dengan kemahiran peribadi akan diuji. Mengkaji teori mungkin tidaklah berpeluh. Bertemu pelanggan pasti berdebar dan berpeluh terutamanya kepada orang baharu atau nubis. Apa nak cakap dan apa yang tak boleh dicakap semuanya mesti tahu. Namun berita baiknya ialah, sesiapa sahaja boleh dan mampu menjadi jurujual yang baik tidak kira sama ada sebagai seorang jurujual produk, perkhidmatan mahupun idea atau gagasan.

Business Development Essentials For Online Business Owners
Moving Walls Appoints Charranjeet Singh Arora, Sujit Banerjee & Heng Aw, To Drive Indonesian, Indian & Emerging Markets Respectively

Reactions

0
0
0
0
0
0
Already reacted for this post.

Reactions

Waiting for someone to like ?