Trends

Mencari

0
Please log in or register to do it.

Apa pun yang kita mahu capai, ia mesti disokong dengan kajian serta data yang lengkap!

Perbualan ini berlaku lebih kurang 14 tahun lalu. Pada waktu itu, saya baru mula dapat mengendalikan sesi latihan secara solo setelah mendapat kepercayaan klien. Klien ini merupakan sebuah hotel lama di pusat bandar Kuala Lumpur. Senior trainer yang menyelia saya turut merasakan yang akhirnya saya sudah jumpa “niche” saya. Dalam satu internal meeting, saya diminta membentangkan goals saya. Sebaik sahaja skrin terpapar goals saya, seorang lagi senior trainer bertanya kepada saya…

Senior : Fauzan, apakah fokus kamu?

Saya : Saya mahu fokus kepada training hotel.

Senior : Kamu tahu ada berapa hotel di Malaysia?

Saya : Tidak tahu.

Senior : Kamu tahu ada berapa hotel di Kuala Lumpur?

Saya : Tidak tahu.

Senior : Kamu tahu training apa yang hotel mahukan?

Saya : Tidak tahu.

Senior : Sebenarnya saya pun tidak tahu jawapannya. Tetapi bukan saya yang mahu fokus pada training bagi hotel. Kamu yang mahu. Kalau semua ini kamu tidak tahu, kenapa mahu fokus training hotel? 

Saya : Sebab (nama penyelia saya) rasa saya patut fokus training hotel.

Senior : Tetapi kamu sendiri mahu fokus pada training hotel?

Saya : Saya rasa saya boleh buat.

Senior : Rasa saja tidak cukup. Kena tahu. Sudah, duduk… tidak guna bentangkan goals kamu kalau macam ini. 

Saya tidak ingat setiap patah perkataan perbualan tersebut dengan tepat, tetapi yang saya ingat dengan jelas ialah perasaan itu. Perasaan mempunyai matlamat yang “meaningless” kerana tidak bersandarkan kajian mendalam. Kadang-kadang begitulah kita. Ada goals atau fokus atau niche sebab “rasa macam boleh”, tetapi apabila diuji, banyak yang kita tidak tahu atau kurang periksa maklumat tentang hal tersebut sebenarnya. 

Soalan-soalan senior saya itu simple sahaja, tetapi apabila saya gagal menjawabnya, ia menunjukkan saya belum benar-benar bersedia dan mungkin belum tetapkan pendirian yang kukuh. Dan terbukti, tidak lama selepas itu, fokus saya beralih lagi. Lesson learned saya adalah, apa pun yang kita mahu capai, ia mesti disokong dengan kajian serta data yang lengkap!

Sales - The Connector
Author Interview - The Journeyman Life with Dr. Tony Daloisio

Reactions

0
0
0
0
0
0
Already reacted for this post.

Reactions

Waiting for someone to like ?