Apakah beza antara “Goal Setting” dan “System Setting”?
Kita berada pada minggu-minggu awal tahun baru yang mana masih ramai bercerita tentang azam mereka.
Apabila berazam, ramai yang beranggapan bahawa kemahiran yang memainkan peranan paling penting ialah “goal setting” atau penetapan matlamat. Ini kerana azam sangat sinonim dengan matlamat – sesuatu yang mahu dicapai.
Namun kali ini, saya ingin perkenalkan konsep “system setting” – satu kemahiran yang menyerupai penetapan matlamat namun sedikit berbeza perspektifnya.
Sebelum ke penjelasan “system setting”, mari kita lihat semula apa itu “goal setting”. “Goal setting” biasanya dikaitkan dengan singkatan S.M.A.R.T.
- Specific
- Measurable
- Achievable
- Realistic
- Timely
Sedikit penambahbaikan perlu di sini – terutama sekali apabila membuat azam.
S.M.A.R.T. adalah satu panduan yang bagus, namun terlalu “left-brain”. Ia sangat berat kepada logik, bukan emosi. Dan, kita semua sedia maklum bahawa manusia merupakan makhluk yang sangat dipengaruhi emosi.
Jadi, saya perkenalkan S.M.A.R.T.e.r.
- Specific – khusus, jelas dan tepat
- Measurable – boleh diukur dan dilihat pencapaiannya dengan nombor
- Action-based – berbentuk tindakan supaya mudah dilaksanakan
- Relevant – sesuai dengan kehendak dan keperluan individu tersebut
- Time-framed – mempunyai had masa yang jelas
- Exciting – seronok untuk dicapai, menimbulkan motivasi berterusan
- Rewarding – berbaloi dan pulangan yang setimpal dengan usah
Saya kira penjelasan ringkas di atas sudah cukup memadai untuk kita faham apa yang dimaksudkan dengan memasukkan elemen “right-brain” dan emosi kepada penetapan matlamat yang selama ini sarat logik.
Setelah mempunyai azam yang jelas halatujunya, kita perlu menerapkan kemahiran “system setting” atau bahasa mudahnya, membentuk persekitaran yang membawa kepada mencapai matlamat.
Sebagai contoh, sekiranya kita meletakkan matlamat: “Turun 5kg sebelum Hari Raya 2021” (cukup sifat S.M.A.R.T.e.r.)
Kita perlu memikirkan apakah keadaan persekitaran yang menyokong pencapaian matlamat ini.
Dalam situasi ini, antaranya mungkin:
- Kurangkan pengambilan gula
- Lebihkan makan sayur
- Berjogging 3km setiap selang sehari
- Membuat regangan sebaik sahaja bangun dari tidur
- Membuat 10 push up dan 10 sit up setiap hari
- Tidur dan rehat yang cukup
Nota: Ini bukan tips menurunkan berat badan yang sebenar, ini sekadar contoh
Jadi sekarang, untuk mencapai matlamat “Turun 5kg sebelum Hari Raya 2021”, adakah kita perlu fokus kepada matlamat atau fokus kepada sistem yang membentuk persekitaran agar boleh mencapai matlamat?
Contoh lain; “Mencapai sasaran jualan RM1,000,000 setahun”
Mungkin kita perlu melihat tahap pencapaian aktiviti-aktiviti berikut:
- Membuat 20 panggilan ke potential client sehari
- Mendapat 6 temujanji dengan client setiap hari
- Membuat follow-up
- Membuat 1 close sales bagi setiap 4 temujanji
- Memastikan dokumen bagi proses jualan lengkap
- Memastikan produk sampai ke client pada masa yang dijanjikan
Nota: Ini bukan tips mencapai sasaran jualan yang sebenar, ini sekadar contoh
Apa yang dimaksudkan dengan contoh-contoh di atas adalah untuk menerapkan beberapa aktiviti atau perbuatan yang menyokong pencapaian matlamat utama ke dalam rutin harian. Dengan fokus kepada perkara-perkara yang kecil dan mudah dilakukan, kita membina satu sistem pendorong ke arah hasil yang diinginkan. Inilah kunci teknik “system setting”.
Kesimpualannya, berazam itu hanyalah permulaan. Langkah seterusnya ialah untuk memikirkan dan memastikan sistem untuk mencapai matlamat itu Berjaya diwujudkan. Insya Allah, dengan “goal setting” dan juga “system setting”, kita akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk mencapai azam 2021 atau apa jua matlamat yang kita sasarkan.