Buzz

LinkedIn: Sumber Penyebaran Kenyataan Akhbar

0
Please log in or register to do it.
linkedin:-sumber-penyebaran-kenyataan-akhbar

Apakah cara paling mudah untuk anda mendapatkan perhatian dari pemberita, ketua-ketua editor dan individu-individu besar di syarikat-syarikat media di negara ini? 

Dahulu, kita bukan sahaja perlu kenal mereka dengan lebih baik tetapi juga perlu menulis kenyataan akhbar yang lengkap dan menarik. Selepas itu, anda perlu menghantar kenyataan akhbar tersebut kepada semua ketua-ketua editor dengan harapan mereka akan perasan dan mengambil kenyataan anda untuk dimuatkan ke dalam akhbar dan majalah. 

Betul?

Memang leceh. Biasanya kenyataan akhbar terutamanya dari syarikat kecil atau yang tidak pernah menjadi pelanggan berbayar, mereka amat sukar menembusi akhbar dan majalah mereka.

Kini, terdapat cara yang jauh lebih mudah untuk anda dan mungkin lebih efektif. Terima kasih kepada internet dan LinkedIn. Apa yang perlu anda lakukan ialah ‘bergerak’ aktif di LinkedIn dan mula mengorak langkah dengan berkenal-kenalan dengan individu-individu dari rangkaian media yang ada di sana. Tidak kira sama ada mereka adalah pemberita, jurugambar, editor, ketua editor malah ketua pegawai eksekutif syarikat media itu pun akan berada di LinkedIn.

Dengan kata lain, formula mudah untuk anda menyebarkan kenyataan akhbar anda di media masa ialah – melalui LinkedIn.

Kepentingan Memperkasa Kemahiran Penulisan Dalam Era Digital
theAsianparent’s Singapore Digital Mums Survey 2019

Reactions

0
0
0
0
0
0
Already reacted for this post.

Reactions

Waiting for someone to like ?