Food & Gourmet

Cara Buat Sos Spaghetti Homemade, Sedap Dan

0
Please log in or register to do it.

Ini rahsianya, mudah sahaja cara penyediaannya. 

Bahan-bahan yang diperlukan

5 biji tomato masak ranum saiz besar
1 biji bawang besar dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
1/4 cwn minyak zaitun
1 sudu besar tomato puree (kalau guna utk dapatkan warna sos yg merah)
1 mangkuk daging atau isi ayam kisar
1/2 batang lobak merah cincang
1 batang celery cincang
1 mangkuk cendawan shiitake atau cendawan butang dihiris nipis
1 helai daun bay
1 sudu kecik herba oregano
1 sudu kecik lada hitam kisar
1/2 sudu besar garam
1 kiub ayam (kalau guna)
Sikit gula (utk balance rasa masam tomato)

Caranya

1. Belah cross di bawah tomato utk mudahkan buang kulit nanti. Rebus tomato dgn sikit air, toskan air dan sejukkan. Air rebusan tomato jgn buang. Bila tomato dah sejuk, kupas kulitnya dan blend, tambahkan air rebusan tomato semasa blend. Boleh blend ikut suka samada hancur atau ada sikit chunky
2. Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun, bawang besar & bawang putih, kacau2 kejap lepas tu masukkan daging atau ayam yg dah kisar. Kacau2 semuanya supaya tak berketul
3. Masukkan daun bay, carrot, celeri dan tomato yg dah kisar, kalau guna tomato puree boleh masukkan juga, kacau2 supaya semuanya sebati, bila dah mendidih kecilkan api, biar sos merenih sampai agak pekat ikut selera kepekatan yg kita suka
4. Bila dah agak pekat, masukkan pulak cendawan, garam, oregano, lada hitam, kiub ayam dan sikit gula, kacau sebati semuanya dan biarkan mendidih lagi sekejap.
Dah siap!

5 Strategies to Make Great Content for TikTok Engagement
Aurabeat Expands Its FDA-Cleared Air Purifying Technology

Reactions

0
0
0
0
0
0
Already reacted for this post.

Reactions

Waiting for someone to like ?